Thursday 20 March 2014

Tawaran Biasiswa JPA untuk lepasan SPM 2013 bagi Program Kejuruteraan

Tawaran Biasiswa JPA untuk lepasan SPM 2013 bagi Program Kejuruteraan - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka tawaran penajaan biasiswa untuk program kejuruteraan di Jerman, Perancis, Jepun dan Korea untuk tahun ini kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.

biasiswa jpaCara Permohonan Biasiswa JPA Kejuruteraan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari pautan berikut: http://esilav2.jpa.gov.my
Tempoh permohonan dibuka adalah pada 20 Mac 2014 sehingga 27 Mac 2014.

Maklumat Lanjut dan Rujukan

Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3670/3398/3564/3489 pada hari bekerja mulai 9 pagi hingga 4.30 petang atau melalui emel penawaranlsp@jpa.gov.my

Semakan Status Permohonan

Pemohon digalakkan menyemak status terkini permohonan di laman web www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my

Info Tambahan

Keputusan SPM 2013 yang diumumkan hari ini menunjukkan seramai 13,970 calon memperoleh gred A (Cemerlang) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 13,720 calon pada 2012, iaitu peningkatan sebanyak 0.05 peratus.

Seramai 405 calon pula berjaya memperoleh gred A+ (Cemerlang Tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

No comments:

Post a Comment