Friday 14 February 2014

Biasiswa JPA

Biasiswa JPA - Salam sejahtera Admin ucapkan serta selamat bertandang di Biasiswa JPA blog. Untuk pengetahuan Anda, blog ini diwujudkan sebagai medium perkongsian bermanfaat kepada para penuntut universiti di Malaysia samada Awam atau Swasta mengenai status terkini biasiswa JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam).

Pengenalan

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) memainkan peranan penting dalam merancang, membangun serta mengurus tadbir sumber manusia dari segi profesionalisme, integriti dan teknologi bagi memastikan kecemerlangan Perkhidmatan Awam. Secara asasnya JPA bertindak sebagai pembangun dasar, strategi dan menguruskan agensi-agensi awam dan sumber manusia.

Tawaran Biasiswa JPA

Setiap tahun hingga 2011 yang lepas, pihak JPA telah menawarkan kedua-dua biasiswa tempatan dan luar negara bagi pelajar lepasan SPM yang layak. Bagaimanapun, satu pengumuman telah dibuat pada tahun 2011 biasiswa tidak lagi akan diberikan kepada pelajar SPM, tetapi kepada pelajar pra-universiti yang ingin meneruskan pengajian ijazah pertama mereka sahaja.

Kelayakan Penerima Biasiswa JPA

Penerima Biasiswa yang layak adalah dikalangan pelajar yang:

Mempunyai rekod akademik yang baik dalam masa yang sama aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
Mempunyai bakat kepimpinan dan boleh bekerja berkumpulan
Bijak, berbakat dan rajin
Tidak menghidap penyakit berbahaya, cth: Hepatitis, AIDs, HIV dsb.

Bidang Pengajian yang ditawarkan biasiswa JPA

Buat pengetahuan anda, tidak semua bidang pengajian yang terdapat di Institusi Pengajian Tinggi yang ditawarkan biasiswa JPA, di bawah adalah senarai jurusan pengajian yang mendapat tajaan:

1. Perubatan
2. Pergigian
3. Farmasi
4. Optometri
5. Bioteknologi
6. Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal, Kimia)
7. Sains Aktuari
8. Perakaunan
9. Teknologi Maklumat/Sains Komputer/ ICT
10. Sains Tulen (Biologi, Kimia, Fizik)
11. Senibina
12. Undang-undang
13. Pelancongan
14. Ekonomi, Pengurusan Perniagaan, Kewangan
15. Ekonomi Islam, Pengurusan Perniagaan Islam, Kewangan Islam
16. Sains
17. Seni
18. Pendidikan

Cara Permohonan

TAWARAN MASIH DITUTUP: Anda hanya boleh melakukan permohonan biasiswa JPA sekiranya tawaran biasiswa dibuka. Tarikh terbaru tawaran akan Admin kongsikan apabila dibuka nanti. Sila bookmark blog ini melalui browser Anda atau like Facebook Page Biasiswa JPA untuk mendapatkan kemaskini terkini tawaran.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, boleh gunakan maklumat di bawah sebagai rujukan:

Alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Pembangunan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 5, Kompleks C, Blok C1
62510 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)

Tel: 03-8885 3436/ 3892/ 3564

Faks: 03- 8889 2172

Laman web:
http://www.jpa.gov.my
http://esilav2.gov.my

Rujukan KHAS Biasiswa Malaysia

Bagi memenuhi keperluan pembelajaran Mahasiswa di IPTS dan IPTA dengan lebih lancar, terdapat beberapa sumber biasiswa lain yang juga boleh dipohon disamping biasiswa JPA, anda boleh mendapatkan senarai lengkap biasiswa-biasiswa yang ditawarkan dari pihak lain melalui pautan berikut: Kit BIASISWA

Penutup

Diharapkan segala perkongsian maklumat di atas dapat membantu Anda dalam mendapatkan biasiswa pelajaran, semoga bermanfaat.