Wednesday, 3 September 2014

Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT) 2015 Young Leader Program (YLP) September 2014

Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT) 2015 Young Leader Program (YLP) - Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarships.



Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini JPA sekali lagi telah menerima tawaran Biasiswa Monbukagakusho : MEXT Bagi Pengajian Peringkat Sarjana. Sehubungan dengan itu, permohonan program ini dibuka mulai 27 Ogos 2014 sehingga 19 September 2014.

Semua warga Negara Malaysia lepasan ijazah yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Sarjana adalah dijemput untuk memohon biasiswa ini. Dalam tempoh tersebut, elaun yang akan diberikan adalah 242,000 yen (tertakluk pada perubahan). Segala perbelanjaan yuran peperiksaan, matrikulasi dan yuran bulanan akan dikecualikan, dan juga tiket penerbangan pergi dan balik turut disediakan.

Tempoh bagi kursus ini adalah setahun (1) dari Oktober 2015 sehingga September 2016 (kecuali bagi kursus Pengurusan Perniagaan yang bermula dari September 2015 sehingga Ogos 2016). Semua kursus ini disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

Tarikh Tutup: 19 September 2014
Tempat: Jepun
Tempoh: 1 tahun (Oktober 2015 hingga September 2016)
Kategori: Warganegara Malaysia

Terdapat lima (5) kursus di bawah Young Leaders’ Program : -

1. Kursus Pengurusan Perniagaan (Sarjana Pengurusan Perniagaan)
2. Kursus Perundangan (Sarjana Perundangan)
3. Kursus Sekolah Kerajaan (Sarjana Pengurusan Awam atau Sarjana Perundangan Awam)
4. Kursus Sekolah Kerajaan Tempatan (Sarjana Pengurusan Awam atau Sarjana Perundangan Awam)
5. Kursus Pengurusan Kesihatan (Sarjana Pengurusan Kesihatan)

Syarat-syarat penting permohonan dan pautan download Dokumen Permohonan:

Sila layari pautan berikut untuk ketahui syarat-syarat permohonan serta memuat turun borang-borang berkaitan dengan kursus anda masing-masing. Berikut 5 dokumen permohonan berformat .pdf yang perlu anda download untuk mana-mana 5 kursus berkaitan seperti yang telah dinyatakan di perenggan atas:

1) Borang Permohonan
2) Garis Panduan Permohonan
3) Perakuan Kesihatan
4) Borang Rekomendasi
5) Soalan Esei

PENTING: Layari Portal Rasmi JPA melalui link ini untuk muat turun: Laman Biasiswa Kerajaan Jepun

Pautan koleksi dan senarai biasiswa dan pinjaman pelajaran Malaysia 2014 ~> Laman Senarai Biasiswa 2014

Semoga maklumat di atas dapat membantu anda dalam proses melanjutkan pelajaran anda pada masa hadapan.


No comments:

Post a Comment